Saturday, July 11, 2009

SIHIR

Sihir
Takrif Dan Pengertian Sihir:

Syeikh al-Zahri menafsirkan sihir sebagai berikut: "Sihir ialah amal perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya."

Pengertian asal kalimat 'sihir' itu sendiri ialah 'memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada selainnya.' Maka, orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.

Pendapat Ibnu Qadamah: 'Sihir ialah ikatan, jampi dan perktaan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.'

Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan:

Sesetengah tukang ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al-quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid.

Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir di awalnya, hingga rosak ayat tersebut.Ada yang solat tanpa wudhuk atau dalam keadaan berjunub. Ada pula yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t. pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan.

Justeru, sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya. Sekiranya tukang sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh syaitan maka syaitan pun tidak akan bersedia menjadi khadamnya.

Kesimpulannya ialah bahawa tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang bekerjasama untuk bermaksiat kepada Allah s.w.t.

Jika kita perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam.

Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa dalam sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai bersama isteri,anak-anak ataupun dirinya sendiri. Dia tidak boleh tidur tenang, bahkan sentiasa cemas dalam tidurnya. Bukan hanya terhad kepada dirinya, malah syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. Maha Benar allah yang berfirman:"Dan sesiapa yang enggan mengingatKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta."

Jenis-jenis Sihir:

1. Patung-Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

2. Santau-Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

3. Telur Layang-Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

4. Tangkal Dan Azimat-Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

5. Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang-Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Teknik Merawat Orang Yang Kena Sihir:

Firman Allah s.w.t. :
�Dan Kami turunkan dari Al Qur�an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.� (QS. Al Israa�:82)

Sesetengah ulama mengatakan bahawa maksud 'syifa' (penawar) di sini ialah syifa' maknawi (ubat spiritual) seperti keraguan, unsur syirik, kefasikan dan kejahatan. Ada juga mengatakan syifa' maknawi sekaligus sebagai syifa' hissi (ubat fizikal).

Dalam hadis yang diriwayatkan dari A'isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:" Ubatilah dengan kitab Allah.'

Dari hadis di atas dapat diperhatikan Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara umum dan baginda tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu atau surah-surah tertentu. Dengan itu jelas sekali bahawa al-Quran seluruhnya adalah syifa' (penawar/ubat).

Pengertian Ruqyah:

Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya dengan HANYA menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Jenis-jenis Sihir:

1.Sihir Pemisah

Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbukan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi.

Jenis-jenis Sihir Pemisah:

Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ibunya.
Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya.
Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya.
Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya.
Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau seumpamnya.
Memisahkan hubungan antara seorang suami dengan isterinya. Inilah jenis yang palng bahaya dan paling banyak berlaku di dalam masyarakat.
Tanda-tanda Sihir Pemisahan:

Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
Berlaku keraguan antara suami-isteri.
Enggan meminta maaf.
Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.
Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakkan oleh isterinya atau suaminya.
Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

Al-Hafiz Ibnu Kathir menjelaskan: Sebab perceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan perceraian. 2.Guna-guna (Sihir Percintaan) Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):
Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks.
Sukar mengawal cintanya.
Rindu bayang yang berlebihan.
Patuh secaramembuta-tuli. Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna):
Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri.
Perasaan cemburu seorang wanita. Mereka selalu cemas suaminya akan lagi. 3.Memperdaya Pandangan (Hipnotis) Tanda-tanda hipnotis:
Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s. Melawan sihir hipnotis:
Azan
Membaca ayat al-Kursi
Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.
Membaca isti'azah dan basmalah. Baca dalam keadaan berwudhu'. Sekiranya setelah dilakukan seperti yang di atas, sihir tersebut tidak hilang maka bermakna dia tukang silap mata yang bersandar pada kecekapan tangan, bukan tukang sihir. 4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila Tanda-tanda sihir gila:
Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
Cakap merapu
Mata layu
Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak kesana-sini.Tidak boleh diam setempat.
Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi. 5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya Tanda-tandanya:
Suka berseorangan.
Mentup diri sepenuhnya.
Diam berterusan.
Tidak suka bertemu orang.
Fikiran melayang.
Selalu pening.
Lesu dan tidak bermaya 6. Sihir Mendengar Panggilan Tanda-tandanya:
Selalu mengalami mimpi ngeri.
Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.
Selalu was-was.
Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi melihat haiwan mengejarnya. 7. Sihir Membuat Penyakit Tanda-tandanya:
Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
Saraf tersumbat.
Lumpuh salah satu anggota tubuh
Lumpuh menyeluruh.
Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
Perhatian: Sebahagian tanda ini sama dengan tanda-tanda penyakit medik tetapi ianya dapat dibezakan dengan membacakan ruqyah kepada pesakit. Pesakit ini selalunya disahkan tiada penyakit oleh doktor perubatan walaupun beliau mengadu sakit. Pesakit akan merasa pening, gementar atau berlaku perubahan pada tubuhnya waktu dibacakan ruqyah, maka penyakit itu adalah akibat dari gangguan atau sihir. 8. Sihir Pendarahan
Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.
Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah. 9. Sihir Menahan Pernikahan
Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:
Takut yang bersangatan
Marah yang tidak terkawal
Lalai berlebihan
Di puncak gelora nafsu syahwat Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:
Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.
Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya. Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:
Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
Melihat pelamar bermuka hodoh.
Banyak berfikir (fikiran melayang).
Selalu gelisah waktu tidur.
Selalu rasa sakit di perut.
Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.


ANGKARA SIHIR IKATAN
Suami yang tidak boleh menggauli isterina disebut 'terikat'. Suami yang terikat, walaupun dari segi fizikalnya normal dan tidak sakit tetapi tidak mampu menggauli isterinya.

Sekiranya kita ingin mengetahui bagaimana berlaku ' ikatan' tersebut maka kita mesti mengetahui terlebih dahulu bagaimana proses menegangnya zakar kaum lelaki.

Proses Rangsangan Seksual Kaum Lelaki:

Sebagaimana sudah sama-sama kita maklumi bahawa alat kelamin kaum lelaki merupakan daging yang elastik, bila darah memancar kepadanya maka akan berlaku penegangan dan andainya darah kembali seperti biasa maka ia pun mengecil dan lemah.

Proses penegangan melalui 3 peringkat:

Pertama:Ketika berlaku rangsangan seksual kepada kaum lelaki maka biji 'testis' kantong benih akan mengeluarkan hormon yang dituang di dalam darah sehingga hormon tersebut sampai kek ulit kepala dan memenuhi tubuh yang mirip dengan aliran elektrik.
Kedua:Rangsangan sksual sampai ke pusat yang khusus menerimanya di otak.
Ketiga:Kemudian pusat rangsangan seksual di otak tersebut mengirim isyarat-isyarat cepat ke pusat otot-otot kelamin di tulang punggung. Ketika itu terbukalah pintu yang tadinya tertutup sehingga darah mengalir dengan deras di organ-organ seksual mengarah ke kemaluan dan terpancar darah di dalamnya hingga berlakulah penegangan.
Cara berlakunya 'ikatan' Kaum Lelaki:

Mula-mula jin yang berkidmat untuk tukang sihir itu menempati otak, iaitu pusat rangsangan seksual, kemudian mengirim isyarat ke organ-organ seksual itu bekerja secara alami.

Sekiranya orang itu mendekati isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual maka syaitan sihir tersebut melumpuhkan pusat rangsangan seksual di otak sehingga terhentilah isyarat-isyarat yang dikirim ke alat-alat yang mengalirkan darah ke kemaluan supaya ia tegang. Ketika itulah darah kembali dengan cepat dari kemaluan sehingga kemaluan menjadi lemah dan mengecil.

Maka, keitka orang berkenaan merayu isterinya, dia masih boleh tegang tetapi tetapi ketika akan menggaulinya menjadi mengecil sehingga tidak boleh melakukan hubungan seksal dengan isterinya, kerana tegang adalah faktor utama untuk menyempurnakan hubungan seksual sebagaiaman dimaklumi.

Sering terjadi orang yang beristeri dua 'terikat' atau tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan salah seorang dari isterinya tersebut kerana syaitan sihir menghalangi pusat rangsangan seksualnya apabila dia mendekati salah seorang dari mereka. Semua itu berlaku disebabkan oleh sihir.

Kaum Wanita Yang Terikat:

Sama seperti kaum lelaki, kaum wanita juga boleh mengalami 'terikat' tersebut. 'Terikat' wanita ini ada beberapa keadaan:

Menghalangi : "Menghalangi" iaitu seorang isteri menghalangi suaminya untuk menggaulinya, dengan cara merpatkan kedua-dua peha sehingga suami tidak boleh menggaulinya. Perkara ini berlaku di luar kehendak isteri, sampai ada salah seorang lelaki yang isterinya disihir jenis ini, ketika dimarahi suaminya maka isterinya menjawab:"Ini di luar kehendakku, bahkan dia mengatakan kepada suaminya: Ikatlah kakiku dengan rantai besi sebelum melakukan hubungan seksual supaya tidak merapat semula." Setelah sisuamii mencubnaya ternyata proses hubungan seksual pun tidak berhasil, kemudian siisteri mengisyaratkan supaya memberikan suntikan bius ketika akan melakukan persetubuhan. Kali ini hubungan boleh berlangsung tetapi hanya dari satu pihak.
Melenyapkan Kenikmatan: Mula-mula jin yang diberi tugas oleh tukang sihir tinggal di pusat rasa di otak seorang perempuan. Apabila suaminya ingin menggaulinya maka jin itu menghilangkan sensitiviti sehingga perempuan itu merasakan kenikmatan dan tidak bertindakbalas terhadap ransangan suaminya seolah-olah dibius. Walaupun suaminya terus merangsang nafsu isterinya namun kelenjarnya tidak dapat mengeluarkan cairan yang membuatkan vagina perempuan menjadi lembab sehingga tidak boleh berlaku hubungan seksual dengan baik.
Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya.
Wujud Sumbatan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya tiba-tiba menghadapi sumbatan yang menghalang dihadapannya berupa daging yang tidak boleh ditembusi zakarnya sehingga persetubuhan tidak berhasil.
Hilang Perawan : Apabila sorang lelaki menikah dengan seorang perawan, maka ketika menggaulinya tiba-tiba didapatinya benar-benar seperti janda tanpa ada keraguan sedikit pun, tetapi apabil. dirawat dan hilang sihir tersebut maka perempuan itu kembali perawan sebagaimana asalnya.
'TERIKAT', MATI PUCUK DAN LEMAH TENAGA BATIN

Pertama: "Terikat" - Orang yang terikat merasa mampu sepenuhnya untuk menggauli isterinya, bahkan alat kelaminnya boleh tegang selagi jauh dari isterinya tetapi tiba-tiba jadi lemah bila nak melakukan persetubuhan.
Kedua: Mati Pucuk - Tidak upaya untuk melakukan persetubuhandneganisteri kerana zakar tidak boleh tegang samada dekat mahupun jauh dari isterinya.
Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya.
Ketiga : Seorang suami tidak mampu menggauli isterinya melainkan dalam jarak waktu yang lama, dan hubungan seks yang dilakukan berlangsung sangat singkat dan cepat mengecil dan lemah alat kelaminnya setelah melakukan hubungan seks beberapa ketika.
Santau
Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.

Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.

Jenis-jenis Santau:
Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:

Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.
Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.
Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
Lenguh seluruh anggota badan.
Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
Hilang daya ingatan.
Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.
Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas!

Amalan Penangkis Santau:
Amalkan membaca 3 kali setiap lepas solat dan baca 1 kali sebelum makan atau minum:

Gangguan Jin
1. Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin. - Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT. - Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah" - Membaca Ayat2 Ruqyah : Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. 2.Cara selepas Zaman Rasullulah SAW. a. Zaman Imam Ahmad: Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya. b. Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin. c. Hal dalam menangani gangguan Jin. - Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Contoh : - Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat - Tilawah Qur'an - Ta'alim - dsb
- Langkah-langkah Bertahan/Defensif Berdo'a: Contoh: Al-Mu'minun 97-98 "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang. - Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif Surat Fathir: 6 " Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan. - Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah. - Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia
Jenis-jenis Gangguan 1. Gangguan Pelet / Pengasihan
Tempat gangguan -> Saraf betis kanan mengeras (Lelaki) Saraf betis kiri mengeras (Wanita)
2. Tekanan Mental Tempat gangguan -> di terapi pula dgn ubat2-an medic. 3. Tekanan Fikiran Tempat gangguan -> Saraf otak kecil bahagian belakang 4. Mengelamun panjang. Tempat gangguan -> Saraf otak kecil bahagian depan 5. Sihir Tempat gangguan -> Saraf yang berhubungan dgn mata, telinga dan hidung. Seluruh tempat gangguan diatas harus diurut agar aliran darah kembali lancar dgn konsisten. Kemudian terus membaca do'a ruqyah yang diajarkan Rasulullah SAW tanpa berpaling sedikitpun dgn mengabaikan seluruh permintaan Jin kepada kita serta tetap dalam keberanian penuh sesuai keyakinan kita kepada kekuatan Allah SWT. " Sesungguhnya tipu daya setan sangat lemah". 6. Gangguan di rumah Membaca Surat Al-Baqarah + tanamkan keberanian. Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW. 7. Keluar ke tempat yang ada suasana bersih & Suci. Datangi tempat tersebut dan lakukan perlawanan dengan Jin tersebut. (Dianjurkan mengikuti pelatihan terapi terlebih dahulu). Pertanyaan 1. Bagaimana membezakan orang sakit karena medic dengan orang sakit karena non-medic. Sebab non-medic atau Gangguan jin - Malas - Semangat yang hilang. - Mudah Marah - Suka & selalu tidur - Sering Panas tetapi Dingin - Leher / Punggung sering terasa berat. - Rasa kesal dan benci kepada orang tanpa alasan yg rasional. - Rasa sakit pada tubuh yang tidak terbukti secara medic. Sebab medic - Penyakit dapat dikesan dengan rawatan moden. - Penyakit dapat dirawat melalui rawatan moden. SOALAN: Apakah Roh nenek moyang dapat masuk ke dalam tubuh ? Roh orang yang sudah meninggal dalam keadaan 2 posisi : - Wafat Khusnul Khotimah berada di sisi Allah Swt - Wafat Su'ul Khotimah berada pada siksa kubur Kedua jenis ROH ini tidak akan pernah kembali lagi ke bumi ! Adapun penyerupaan dan penampakan adalah hasil karya tipuan pada Jin atau Qorin. - AWAS!! TIPU DAYA Syaitan!! - Berhati-hati apabila berjumpa bomoh atau dukun. Didalam perubatan kampung atau tradisional, ramai yang terpedaya dengan tipu daya bomoh. Surah at-tiin " sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya " dapat kita fahami bersama bahawa manusia jauh lebih mulia dibanding mahluk apa pun. " Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu)......, " - Fathir : 6
BERIMAN KEPADA YANG GHAIB
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

APAKAH ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

AWAL PENCIPTAAN JIN
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang."(HR. An-Nas'i)

KERAJAAN IBLIS
Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajid diwaspadai :
Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.
Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.
Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :
Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."

KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-
Kumpulan yang menunggu kubur
Kumpulan yang menunggu gua
Kumpulan yang menunggu mayat
Kumpulan yang menunggu air mata air
Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.
PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
JENIS-JENIS JIN
Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
Al-Afrit - Penipu-penipu
Al-A'waan - Pelayan-pelayan
Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
Al-Qurana - Pengawan-pengawan
Al-Ummaar - Pemakmur.
ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR
Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-
(a.) - Hantu Raya
(b.) - Hantu Toyol
(c.) - Hantu Pelesit
(d.) - Hantu Kubur
(e.) - Hantu Jerangkung
(f.) - Hantu Galah
(g.) - Hantu bungkus
(h.) - Hantu Bidai
(i.) - Harimau Jadian
(j.) - Hantu Pontianak
(k.) - Hantu Langsuir
(l.) - Hantu Air
(m.) - Hantu Pari
(n.) - Hantu Laut
(o.) - Jin Tanah
(p.) - Hantu Pochong
(q.) - Hantu Pari-Pari
(r.) - Jembalang Tanah
(s.) - Hantu Polong
(t.) - Harimau Penanggal
(u.) - Hantu Bukit
(v.) - Hantu Punjut
(w.) - Hantu Bawah Tangga
(x.) - Hantu Kum-Kum
(y.) - Hantu Mati Dibunuh
(z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
(zz) - Hantu Tengelong
MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN
Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.
9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA
ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )
MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
CARA UNTUK MENGETAHU HADIRNYA JIN
Untuk mengetaui hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini :
Orang yang kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengat sangat cepat.
Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.
Meronta-ronta dengan kuat.
Memekik atau menjerit.
Menyebut namanya.
Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini :
Siapa namamu?
Apakah Agamamu?
Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?
Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
Dimanakan kamu berada di dalam tubuh ini?
TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
Mimpi yang sangat menyeramkan.
Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
Berperasaan sedih pada saat tidur.
Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
Bermimpi melihat hantu.
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :
Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.
SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.
PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.
Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
Terjumpa sesuatu di atas tanah.
Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

PENGERTIAN SIHIRSihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mikjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
PUNCA WUJUDNYA ILMU SIHIRSihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu.
BAGAIMAN AHLI SIHIR MENDEKATKAN DIRI KEPADA JINUntuk mwndekatkan diri kepad Jin atau Syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Al-Qur'an ( Mushaf ) sebagai alas kaki untik masuk ke tandas. Ada juga yang menulis sebahagian ayat Al-Qur'an dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah Al-Fatihah secara songsang. Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau tetap dalam keadaan junub. Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin / syaitan dan menyembelihnya dengan tidak menyebut nama Allah kemudian melemparkannya ke suatu sudut yang telah ditentukan oleh jin / syaitan. Terdapat juga pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya. Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang mengandungi kekafiran.
Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan membantu untuk menjadi khadamnya kecuali dengan satu imbalan atau balasan. Semakin besar kekafirannya itu makin besarlah ketaatan jin / syaitan terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut maka ia juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya. Sesungguhnya bahwa mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka maksiat kepada Allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan kelihatan kegelapan disebabkan oleh kekafirannya.
Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan sesengsaraan jiwa. Dia tidak tadap tidur dengan tenang, bahkan senantiasa merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.
PERJANJIAN AHLI SIHIR DENGAN JINDi bawah ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan antara "seorang ahli sihir dengan wakil syaitan" yang bernama Asmodeus dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi copnya ialah Cop Jin.Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia.. Cop yang tertera di surat ini bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop 'Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa. Ia merupakan cop milik Jin jahat biasa.
Di bawah ini pula surat perjanjian yang diperkatakan antara "Syaitan dengan O'Ryan Greenfield" seorang ahli sihir dari barat. Sebenarnya surat itu ialah perjanjian otentik antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop 'Ifrit.
RAHSIA DAVID COPPERFIELDDavid Copperfield sememangnya mengamalkan ilmu sihir. Sebab itulah beliau boleh melakukan apa saja malah boleh terbang. Sebenarnya David Copperfield sangat terkenal di kalangan para Jin. Dia mempunyai perjanjian dengan salah seorang 'Ifrit. 'Ifrit mempunyai pasukan yang ribuan jumlahnya. Merekalah yang mengangkat Copperfield. Agar dia boleh naik sedikit di udara, diperlukan ribuan jin untuk mengangkatnya.Dan lagi satu kebolehannya, seorang gadis yang dipotongnya dalam peti itu, adalah jin perempuan yang menampakkan diri dalam wujud seorang gadis manusia. Dia menghilang, kemudian memperlihatkan dirinya kembali tanpa tanda luka sedikit pun. Adalah mungkin Copperfield telah membuat surat perjanjian sama seperti yang diatas. Wallahu a'lam.
CARA AHLI SIHIR MEMANGGIL JIN
Cara Pertama : Thariqotul IqsamBersumpah atas Nama Jin atau Syaitan.
Cara Kedua : Thariqatuz ZabhiPenyembelihan Binatang.
Cara Ketiga : Thariqah SufliyahMelakukan Kenistaan.
Cara Keempat : Thariqatun NajasahMenulus Ayat-Ayat Al Qur'an dengan Najis.
Cara Kelima : Thariqatut TankisMenulus Ayat-Ayat Al Qur'an secara Songsang.
Cara Keenam : Thariqatun TanjimMenyembah Binatang.
Cara Ketujuh : Thariqatul KaffiMelihat melalui Tapak Tangan.
Cara Kelapan : Thariqatul AtsarMenggunakan benda Bekas Pakai.

JIN makhluk ciptaan Allah yang ditaklifkan untuk menyembah Allah dan melakukan ibadat kepada-Nya. Seperti manusia, mereka juga dikehendaki beriman dengan Nabi Muhammad SAW dan melaksanakan segala ajaran Islam.
Tegasnya, mereka hanyalah makhluk ciptaan Allah yang mempunyai kelemahan seperti manusia. Sememangnya jin wujud dan mempercayai kewujudannya bukanlah suatu kepercayaan tahyul atau momokan masyarakat.
Tegasnya, kewujudan ciptaan Allah bernama jin sudah termaktub dalam al-Quran dan hadis. Menafikan kewujudannya boleh membawa erti seolah-olah kita menafikan kehebatan Allah mencipta hamba-Nya.
Mempercayai kewujudan jin bukanlah suatu kepercayaan tahyul. Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan cubaan menolak atau menafikan kewujudan jin boleh dikira menafikan kekuasaan dan kehebatan Allah kerana kewujudan mereka disahkan dalil al-Quran dan hadis.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (Surah al-Dzariyaat, ayat 56)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Maka janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan tahi binatang. Sebab hal itu adalah bekal (makanan) saudaramu daripada kalangan jin.” (Hadis riwayat Tarmizi)
Allah mencipta Adam dan keturunannya iaitu manusia daripada tanah. Malaikat pula diciptakan Allah daripada nur (cahaya). Berlainan pula keadaan penciptaan jin, ia tidak dicipta daripada tanah mahupun nur. Ia juga bukan berasal daripada Adam dan Hawa.
Asal usul jin daripada jin bernama Jaan. Jaan beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan beriman. Ada pula daripada keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan kufur.
Anak cucu Jaan yang beriman itu ada yang kekal dalam iman, ada pula kufur dan ada yang kembali beriman kepada Allah. Dalam erti kata lain, Jaan ialah bapa segala jin seperti Adam ialah bapa segala manusia.
Jaan ialah jin yang pertama, dicipta dan dijadikan daripada lidah api. Keturunan jin yang seterusnya pula dijadikan dan berkembang-biak daripadanya sama seperti halnya Adam dan keturunannya iaitu manusia. Seperti manusia, jin juga daripada pelbagai bangsa dan jenis.
Mereka juga mempunyai jajahan pemerintahan dan kerajaannya tersendiri. Jin juga seperti manusia inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap pelbagai loghat serta bahasa. Jin juga diperintahkan Allah untuk menerima syariat Islam seperti diperintahkan kepada manusia.
Majoriti bangsa jin daripada golongan jin kafir. Jin kafir ini kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian, komunis dan sangat sedikit beragama Buddha dan Majusi. Ada juga jin tidak beragama. Golongan jin yang memeluk Islam sedikit bilangannya dan daripada golongan minoriti jika dibandingkan dengan keseluruhan bilangan jin.
Hanya Allah dan Rasul-Nya mengetahui rupa bentuk asal jin selepas dicipta dan ditiupkan roh. Menurut sesetengah ulama, rupa, tabiat, kelakuan dan perangai jin 90 peratus mirip kepada manusia.
Jin juga diberi keizinan oleh Allah untuk menzahirkan diri dalam pelbagai bentuk dan rupa disukai serta dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah SAW. Rupa dizahirkan pula mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Pada asasnya rupa bentuk jin tidak banyak berbeza daripada manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.
Pada dasarnya 80 hingga 90 peratus jin menyerupai manusia. Perbezaan ketara adalah sudut fizikal. Jin lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, terlalu tinggi dan mempunyai pelbagai warna seperti putih, merah biru dan hitam.
Menurut sesetengah pendapat, ketinggian jin kira-kira tiga hasta saja. Dalam al-Quran, Allah berfirman setiap yang berjiwa pasti akan merasai mati. Dalam konteks ini, jin juga merasai kematian.
Usia jin mencecah ribuan tahun. Ini kerana mereka bertubuh halus dan tidak terdedah kepada penyakit sakit jantung, kencing manis dan sebagainya seperti manusia.
Biarpun usia jin menjangkau ribuan tahun, mereka tetap merasai kematian. Satu-satunya jin yang tidak akan merasai kematian melainkan apabila datangnya kiamat ialah Iblis laknatullah. Ia berdasarkan permintaannya kepada Allah supaya dipanjangkan umur sampai kiamat untuk menyesatkan anak Adam.
Kecepatan jin bergerak melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Disebabkan jin adalah daripada makhluk seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti malaikat, maka ruang kecil pun boleh di duduki berjuta-juta jin dan ia juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.
Alam kediaman jin di lautan, daratan, udara dan alam Mithal iaitu suatu alam antara alam manusia dan alam malaikat. Makanannya pula berasaskan asap, gas, haruman dan ada juga buah-buahan bersesuaian dengan penciptaan mereka. Makanan jin juga daripada tulang, manakala makanan haiwan ternakan mereka ialah bongkah najis binatang ternakan manusia.
Manusia mengandung sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga perlu masa lama untuk matang serta menjadi baligh. Berbeza dengan jin, apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, jin perempuan terus mengandung, beranak dan anak baru lahir itu terus mukallaf.
Alam jin itu satu daripada kebesaran dan keagungan Allah. Cubaan menafikan kewujudan jin dan alamnya boleh membawa kepada menafikan kekuasaan Allah.
Banyak lagi pendedahan alam jin perlu diketengahkan untuk dijadikan garis panduan kasar mengenai jin serta memberi kesedaran pentingnya Muslim menjaga akidah, menjauhi syirik dan mengelakkan diri terjerumus dengan tipu daya jin yang ingkar terhadap Allah.
Jin adalah makhluk berwujud udara sedangkan manusia memeliki lubang bulu roma,oleh kerana itu dia dapat masuk kedalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga.Dalil al quran yang menunjukkan bahawa makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah SWT "Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala " Ar Rahman 15Dalam hal ini Ibnu Abbas berkata,iaitu dari hujung nyalaan api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.Ketika jin masuk kedalam tubuh manusia,makhluk jin langsung menuju ke otak,melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit gangguan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada didalam otaknya.Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin,bahawa jin itu memberitahukannya bahawa mereka berada di otak manusia.

3 comments:

  1. Hello kawan yang mau dibantu untuk masalah cinta atau masalah keluarga atau yang lain lain bisa di kamu call Contact Abdul Rahman 085280567828 karna alhamdulillah saya sudah membuktikan bantuan dari abdul rahman mksih kawan semoga kamu mengikuti jejak saya

    ReplyDelete
  2. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete