Friday, July 10, 2009

ABANG SOH

Saka (keturunan)
Definasi:

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lamasehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan dipertrunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-anam seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Dalil:

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:
Ertinya:
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

Pertalian Antara Jin Dan Saka:

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

Dalilnya:
Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya:
"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."

Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka:

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:

1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.
4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

Masa Saka Berpindah:

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.

Proses Perpindahan Saka:

Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.
Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16

Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.
Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.
Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.GEJALA SAKAJin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.Melalui pengalaman merawat saya mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.Bagi mereka yang mewarsi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota dan sebagainya.Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb.Secara umum saya berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.KENAPA ORANG MELAYU BERSAKA ?Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu kepulauan Indonesia samada dari kepulauan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin.Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.TANDA-TANDA SAKATidak ada tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut:1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran2. Malas berzikir3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat8. Sukar tidur malam9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin10. Tidak ada keazaman atau tidak bercita211. Lambat kahwin12. Sukar mendapat anak13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsbKesimpulannya kewujudan jin saka dalam badan manusia mampu memberi kesan negatif pada kehidupan manusia baik dari segi fizikal dan sosial,oleh itu ia perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.

Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka:
Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
Anak cuc yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka: Gejala pada waktu tidur:
Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
Bunyi gig berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
Mimpi berada di tempat sunyi.
Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
Mimpi melihat salib atau gereja.
Mimpi bertemu paderi.
Merintih dan menangis ketika tidur. Gejala pada waktu jaga:
Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.
Sering lesu dan malas.
Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
Lenguh di sendi-sndi utama.
Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
Mudah marah dan panas baran.
Emosional dan terlalu sensitif. Kesan Dan Akibat Daripada Saka:
Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.
Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.
tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.
Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan iblis dan jin.
Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.
Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.
KAEDAH RAWATAN: Ada 2 kaedah rawatan yang kami jalankan:
Rawatan seluruh ahli keluarga yang ada saka
Terapi secara individu yang diganggu saka
1. Rawatan Seluruh Ahli Keluarga Yang Ada Saka:

Ini adalah kaedah terbaik untuk menghapuskan saka keluarga terbabit.
Rawatan ini membabitkan semua ahli keluarga samada yang telah diganggu saka dan ahli keluarga yang belum diganggu saka terbabit.
Ini memerlukan komitmen (kerjasama) dari seluruh ahli keluarga bermula dari datuk, nenek, anak-anak dan cucu-cicitnya (pernah kami buang saka bagi keluarga yang besar jumlahnya iaitu hampir 100 orang!
InsyaAllah rawatan ini dapat menghapuskan saka secara keseluruhannya

Tanda-tanda penyakit misteri
Tanda-tanda penyakit misteri

Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti berkerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya
Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.
Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.
Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau binatang berbisa.
Berdebar-debar terutama menjelang malam.
Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.
Sering mengantuk tidak mengira masa.
Hilang selera makan dan berat badan.
Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
Kerap migrain, pening kepala, selesema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan doktor.
Letih luar biasa.
Daya tumpuan merosot.
Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.
Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.
Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan atau perut.
Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.
Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa dalam rumah.
Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular di dalam rumah.
Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.
Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.

Jika terdapat tanda-tanda seperti di atas segeralah mendapatkan rawatan. Semoga anda disembuhkan sepenuhnya dan jadikanlah ianya iktibar dan hampirkanlah diri anda kepada Allah s.w.t. dengan meningkatkan amal ibadah serta memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.

1 comment:

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete